Wednesday, May 14, 2008

Kepanasan yang memBARA-BARA

Hari ini, saya akan berbahasa Malaysia, kerana sebagai seorang anak Taiping, kita kena kerap menggunakan bahasa malaysia!
Setelah sekian lama saya tidak menggunakan bahasa malaysia dalam penulisan, saya harap saya masih boleh berbahasa Malaysia.

Hari ini adalah hari yang paling panas sepanjang masa saya berada di Taiping.
Saya telah mengalami kepanasan yang membara bara hari ini, dan hampir masak di dalam kereta.
Pagi tadi penyaman udara di dalam kereta yang saya guna itu masih berfungsi dengan baik, tetapi entah kenapa tengah hari tadi, penyaman udara itu seperti sudah gila. Udara yang keluar dari ia cuma sikit sejuk,Ia seperti tidak boleh sampai ke saya jadi saya kena letak muka saya di hadapan penyaman udara itu untuk menghayati udara sejuk kerana saya terlalu panas di dalam kereta dan tidak boleh menahan kepanasan itu lagi. Jika tidak berbuat demikian, kemungkinan besar saya akan pengsan di dalam kereta!
Bukan itu sahaja, tangan dan kaki saya yang terkena pancaran sang matahari itu hampir masak! Masak! masak! Masak!
Saya langsung tidak boleh buka mata saya hari ini apabila berdepan dengan sang Matahari yang terik menerik itu!
Bayangkan betapa panasnya hari ini.
Sangat2 panas dan saya berasa hendak memotong rambut saya kerana sangat PANAS!
Kepanasan yang membara bara tetapi malangnya tiada kebaraan api kebahagiaan.

1 comment:

Anonymous said...

ala.alangkah baiknya jika kepanasan haba sang matahari itu haba api-api kenahagiaan..eh,siapa keluar dari af sudah?