1220
Di malam yang sejuk lagi berunning nose ini, ku ingin menceritakan perasaan ku yang bercampur aduk ini.
Perasaan yang rasa best ada tetapi bila berfikir pasal kerja2 terus jadi depress dan perasaan sejak aku mulakan semester ini memang ...
Rasa memang sgt malas tetapi apa yang dimulakan harus di habiskan. Aku hendak semua ini cepat berlalu, tetapi bila ianya berlalu akan ku mulakan fasa hidup ku yang ketiga. Jangan kata fasa hidup ketiga, bila berfikir pasalnya kadang ku rasa senang, tetapi hati kecil ini amat takut sebenar2nya, aku masih tidak pasti apa hala tuju ku. Pada masa ini saat ini aku masih tiada hala tuju.
Aku cuma tahu yang aku hendak pulang ke Tanah air itu semestinya, setakat itu aja yang ada di minda sekarang. Aku tahu diri ku ini bukannya pelajar cemerlang bukannya seseorang yang hebat, aku cuma seorang insan biasa yang agak malas,tetapi yang pasti aku hendak jadi insan yang berguna. Memang semuanya telah ditentukan kita cuma perlu mengikut jalannya, tetapi kita perlu juga tahu apa kah jalan yang kita mahu dan adakah jalan yang kita pilih jalan yang terbaik? Adakah kita akan menyesal di hari kemudian? Kerana bila kita memilih Jalan itu, memang tiada u turning, cos ini jalan hidup kalau bisa u turn pun masa masa keemasan di hidup kita ini akan di bazirkan. Tetapi kalau nak berfikiran positif bolehla menganggap semuanya adalah pengalaman hidup dan kita belajar dari pengajaran..
Hidup ini nak dikatakan panjang enggak, nak di katakan pendek enggak juga. Jadi kita mesti
Live Life the Fullest... Tiada siapa tahu apa akan jadi esok, apa akan jadi nanti. Entah entah esok ku tak bangun dari tidur.. Jadi setiap peluang mesti di ambil, setiap cabaran mesti di sahut..
Apa pun yang hendak kita buat pasti akan jadi, walau kadang seakan mustahil tetapi belum cuba belum tahu, kalau kita jatuh harus tabah dan bangun lagi..
3 comments:
Genial post and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.
Awesome informasi, banyak terima kasih kepada penulis artikel. Ini bisa dimengerti bagi saya sekarang, efektivitas dan pentingnya adalah pikiran-boggling. Terima kasih sekali lagi dan semoga berhasil!
informative...
sell car online
we buy any car
Post a Comment