Dulu dan Kini
ezen hidup lagi.
masih boleh blog.
hari ini tidur lambat,n tidur tidak berapa lena banyak gangguan, bangun den buka computer online.den bercadang to tidur balik cos really tired, badan sakit.sudah tua.
Then bangun n mandi, n pergi dinner.N lepas dinner kini ada di e-lab.tiada study tapi online.
Dan sekarang sedikit kelaparan.
Ini aku tidak payah cakap sudah,satu dunia tahu betapa tidak sabarnya tanezen hendak balik ke kampungnya, satu tempat yang sangat ezen suka,cinta,sayang..sangat2,mati pun mahu di situ,kalau mati di tempat lain pun mahu dibawa ke tempat itu dan disemadi di Taiping. sampai sebegitula sayangnya ezen kat taiping, n di hati ezen begitu istimewala taiping pada ezen.
ezen sendiri pun tidak pasti apa yang di taiping yang membuatkan ezen begitu mencintai taiping, cos banyak yang lepas tinggal taiping tak nak balik tapi ada juga kawan2 yang seperti ezen amat menyukai dan menyintai taiping ini. Mungkin di situla tempat ezen membesar,dan di situla adanya memori memori dan kenangan2 indah untuk ezen. Tapi mungkin juga sebab hidup yang cukup simple tetapi ezen rasa sempurna di taiping, semuanya dekat nak ke mana senang aja, lima minit sampai, or park kereta di rumah nenek dan jalan jalan bandar taiping.
Masa kecil, takla kecik sangat tapi masa sudah tahu berbasikal nenek yang roda besar besar itu, ezen memang gemar berbasikal basikal antik itu mengelilingi bandar taiping.bes.orang gelak tapi ezen muka tebal jadi ok la..tapi memang bes,perasaan itu sungguh bess.n adanya rumah nenek yang dekat di tengah2 bandar n dekat dengan segalanya dan juga dekat dengan sekolah memang menyenangkan. Pernah beberapa kali ezen jalan kaki dari sekolah ke rumah nenek,kerana ezen telah dilupakan oleh mada ezen, tetapi itu perkara biasa dan ezen tidak menyalahkan mada. Kerana dia lupa ezenla, ezen ada pengalaman bes jalan kaki dari sekolah ke rumah nenek. Ketika berjalan kaki itu ezen dengan uniform sekolah akan bawa beg sekolah fail hijau n buku di tangan dan berjalan lalu tempat2 busy taiping, melalui the store supermarket dan kedai kedai baju,kasut,suratkhabar kain, dan juga melalui tempat makan cashier market dan juga pasar.Tempat yang memang ada ramai orang.
Masa ezen jalan2 itu, ezen rasa tenang, jalan jalan sorang sorang, tetapi ezen sedar akan keadaan sekeliling, n orang orang yang ada di jalan itu macam ada yang terpandang ezen pelik, dalam otak ezen mungkin mereka terfikir ai,budak ini jalan2 dengan uniform sekolah mesti budak ponteng, or mungkin ada yang hairan kenapa budak ini jalan2 kat sini,sorang sorang pula, n ada yang mungkin tak endah langsung, or ada yang kesiankan budak ini,jalan2 sorang beruniform sekolah n bawa beg sekolah lagi.Ini adalah antara benda2 yang ezen tafsirkan dari memerhatikan orang2 yang pandang ezen semacam or yang tidak kisah langsung or tak sedar.
Dan kini ezen sudah besar, sudah pun habis sekolah hampir empat tahun. Dan ezen masih selalu mengenang kembali zaman2 bersekolah, masa2 itu la paling senang paling best,tiada kerisauan, otak pun seperti sekeping kertas putih aja,tenang tiada pape,tiada serabut, ada pun risau hal belajar je, Itu pun kalau markah exam pass sudah cukup memadai untuk ezen. Jadi risau pun bukan macam sekarang. Dan semuanya di jaga dengan rapi, makan tak payah risau.
Cukup masa makanan sudah ada di hidangkan. Baju2 pula sudahpun siap dibasuh dan diseterika,ezen cuma perlu campakkan baju2 kotor dalam laundry basket. Memang senang hidup masa itu.Semuanya tidak perlu dirisau.
Tetapi manusia bila semakin membesar akan bertambah tanggungjawabnya, dan juga perlu berdikari, ezen bukan complain. Ezen cuma hendak kata ini memang perjalanan hidup, lumrah hidup, setiap insan tidak akan dapat lari dari liku2 perjalanan hidup, n tanggungjawab. Dan ezen kini tengah menyedari satu per satu tanggungjawab yang ezen sudah perlu memikul. Semua benda akan berubah, tiada benda yang akan stay put macam itu selama2nya,actually ada kasih sayang tidak akan berubah. Tetapi setiap orang dalam proses pembesaran akan berubah,tiada orang yang akan seperti itu selamanya. Even ezen pun dah ada berubah,walaupun tak drastic tapi sedikit sebanyak memang ada. Inila proses tumbesaran manusia dari segi mental ya.
Hari ini ezen cuma rasa hendak blog dalam bm ya, tapi bm ezen ini masih broken.haha.tidak apa.ezen akan majukan bm ezen..
etyx